aku diberitahu teman sebilikku,nasih setibanya beliau sampai dibilik bahawa anak macek meniaga bakso dikolejku,adik fia telah meninggal dunia.aku teramat............bisu
adik fia ialah seorang budak yg amat chumel dipandangan mataku.perwatakannya yang ceria.ku rinduinya.dia selalu menemani maknya berniaga bakso di cafe tepi tasik kolejku.aku dan rakan-rakanku selalu menikmati bakso mak dikala kelapangan.mmg sedap.kami memanggil mak fia dengan gelaran "embak" yg bermaksud macek pada bahasa indonesia*maaf klu ak salah.ya.mereka sekeluarga berasal dari indonesia dan ak akan bercakap lograt indonesia dengan mereka walaupn ak main tibai je.embak melayan kami semua dengan penuh mesra sekali.setiap kali ak dan kwn2ku pergi ke cafe,embak akan menegur kami dan mengukir senyuman yg amat manis.suami embak seorang pensyarah nursing dan mereka sekeluarga tinggal di blok asrama perempuan yg kosong.embak seorang yg amt ceria.gelak tawanya menghiburkan.aku rasakan kasih sayang seorang ibu melaluinya....
fia amat istimewa buatku.aku suka bermain dengan fia.aku terhibur dengan telatahnya.bila aku terjumpanya aku akan menegur dan menyakatnya.rupanya yang putih,mukanya yg bulat,rambutnya yg lurus ag lembut amat menyejukkan mataku.sangat manja dengan embak dan pekerja2 cafe.fia fia...ak teringin sangat ambik gambar bersama dia tapi aku sudah tidak berkesempatan lagi.kecewa.terkilan.sukar ku gambarkan rasa itu
rabu.pada petang i2 ak dan ingin balik ke rumah macekku di desa pandan kerana tiada kelas pada hari khamis dan jumaat kerna cuti krismas.aku singgap kejap ke cafe dan berjumpa dengan embak dan fia.lepaskan rindu.ak sembng2 ngan embak sambil milo ais bungkus ditangan.embak kata"minum aja?"ak menjawab sambil tersenyum"haah embak :)"fia paki bju merah hari2.kena dengan kulitnya yg cerah.chumel je fia.bila aku minx izin tok mengundurkan diri,fia berkata"abg,janganlah balik.tinggal la sini.tido la sini....."kata2nya i2 seolah2 menghlang ak pergi meninggalkannya.ak hanya membalas dengan tawa saja...aku pergi meninggalkan kuis...meninggalkan fia
isnin.setelah puas menumpangkn diri di umah macekku,aku balik ke kuis.setibanya ak dibilik,hanya mus je yg ada.beberapa jam kemudian baru nasih balik lalu menyampaikan berita yg bagiku amat.....
aku terkilan.amat terkilan.fia meninggal kerna jatuh banggunan asrama perempuan pada hari khamis pukul 4 petang.Ya Allah.kenapa.kenapa fia dan keluarga perlu melalui perkara seperti itu.fia baru hendak mengenal erti dunia ya Allah.pada mulanya memang ak tidak dapat menerima ketentuanNya.perlahan,aku memahami.setiap perkara yg terjadi ada hikmahnya.kita sebagai hambaNya yg lemah tidak boleh menyalahkan takdir.fia telah meninggal pada hari khamis dan baru saja semalamnya aku bergurau n bermain dengannya.kata2 terakhirnya yg diucapkan padaku masih terngiang2 dikepalaku.raut wajahnya mengatakan kata2 i2 juga masih terbayang2 difikranku..
fia dikebumikan di indonesia.ak tidak berpeluang meratapi wajahnya buat kali terakhir.hanya doaku yg tidak putus untuk dirinya ak panjatkan.ak percaya dia amat bahagia diatas sana.di syurga.kebahagiaan tiada tandingan yg Allah janjikan.ak juga doakan agar embak sekeluarga tabah menghadapi .amin
aku amat merindui n menyayangi fia.ak percaya ramai yg merasakan bergitu terhadap fia.kehilangannya amat mendalam ertinya padaku.aku berfikir sejenak.bila masa aku sudah tiba,adakah insan2 disekelilingku dan yg kusayangi merasakan ini semua.erti kehilangan....mendoakan diri ini.meratap sedih.sentiasa mengingati dan mengenang diri ini.entahlah.jujurku.ku harapkan jawapannya..."ya"
kepada musliman muslimat.dengan penuh rendah diri,sudilah jika doakan al-fatihah pada adik fia.doakan juga agar embak sekeluarga tabah menerima suratan ini.amin..

No comments:
Post a Comment