Showing posts with label Isu Halal. Show all posts
Showing posts with label Isu Halal. Show all posts

6.11.17

Peratus. Part 2

Jadi, pada suatu malam company aku adakan "Reseller Gathering Dinner" dekat Noble Banquet, KL.
Dimana aku dah sedia maklum tempat ni menghidangkan makanan yang non-halal dan arak. Sebab tetamu yang dijemput keseluruhan purata memang 99.99% memang bukan Islam.

Aku la yang 0.1% tu. Serius.

Tapi colleagues aku bagus, diorang concern pasal aku nak makan apa. Jadi diorang tapaukan aku nasi bungkus lauk ayam kari. Cuma kari bukan favourite aku. Jadi aku simpan dulu nanti ada mood baru makan. (Memilih, buruk betul perangai)

So masa event berjalan, para tetamu pun enjoy dinner diorang, seorang dari colleague datang dan tegur aku bila dia perasan aku melepet jauh dari dinner hall dan tak menjamah apa-apa.

Ah Kit : "Affi, apa pasal you tak makan?"

Aku : "I mana boleh makan, I 200% halal (Sila rujuk post sebelum ini)"

Ah Kit : "Tapi udara dekat sini sudah 200% haram leh? You sedut juga"

Aku : *Terkedu

Ini win. Aku tak mampu membalas servis. Dia dah smash padu ke muka aku.


Murung aku jap. 


Lebih kurang macam ni lah gak aku jadinya.


Peratus. Part 1

Disebabkan aku bekerja di Syarikat yang berasal dari Jepun, dimana 75% majikannya adalah bukan Islam dan boleh dikatakan 67% business partner pun sama, jadi arak dan makanan non-halal adalah perkara yang bukan asing didalam work enviroment aku.

Disini, pendirian aku akan diuji.

One time, aku kena pergi Singapura untuk latest product training. Kiranya office di Singapura adalah "Pusat" untuk wakil-wakil south east asia datang berkumpul, diberi latihan, lalu kena share di regional masing-masing.

Jadi rakan sekerja aku yang berpusat di Singapura (berbangsa Cina) tanya aku :

"Affi, are you 100% halal?"

Aku macam terkesima (terkejut) dengan soalan tu. Soalan ape ni? Macam mana aku nak jawab?

Lalu aku membalas servis pukulan soalan :

"What do you mean? I can't get you"

"I mean, even you are muslim, do you drink and eat non-halal food? coz I have some muslim friends that having that"

"Consider me as 200% halal"



Ini pun isu.