10.9.10

ala oden-oden lembu patah tanduk

Selepas bersolat raya,aku bersama ayah dan my hot mummy terus ke kubur arwah atuk dan opah.

menyedekahkan yassin serta doa.acu dan maknyah aku juga ada bersama kami untuk melepas rindu.

aku memandang redup ke kubur arwah opah aku.one word,terkilan.tidak banyak memori yang aku ciptakan bersamanya memandangkan arwah opah aku meninggalkan aku ketika aku masih tak kenal matang itu apa.yelah dulu balik kampung cuma tahu nak menghasut sedara-mara pergi main je.

ada 2 kenangan yang sering aku imbau.

arwah opah aku suka menyanyi kat aku
"alaoden-oden,lembu patah tanduk"
comel riak wajahnya.


yang kedua ini,agak lawak sikit.
kalau nak gelak cover-cover sikit jangan sampai aku tahu ye.

waktu itu aku masih kebudakkan.darjah berapa entah.ikat kain pelikat masih tak pandai*sekarang pun tak pandai lagi.aku juga waktu itu tinggal di rumah arwah atuk dan opah aku

aku mengamuk sakan hari itu.ayah aku tak membelikan aku mainan "DRAGON BALL" yang aku amat KIPAS SUSAH MATI sewaktu kami berada di pekan kuala kangsar.

malam itu aku menjadi semakin rebel.aku tekad untuk "LARI RUMAH!"*hah.jangan gelak


aku tetap nekad.aku keluar rumah senyap-senyap.aku melintasi kubur dengan penuh chillnyer.aku buat "dekk" jekm.akmaklumlah hati tengah panas peduli apa sama hantu.

aku check dalam poket.ada duit.aku dah plan nak naik bus nak pergi jauh-jauh biar ayah tak pernah jumpa aku.sekarang aku ingat lagi sebenarnya dalam poket aku tu ada berapa "posen" jek sebenarnya.ko memang bercita tinggi la muhammad affifuddin.aihhhhh

tetiba,ayah aku dengan coolnyer memblock aku dengan motosikal arwah atuk aku

ayah aku hanya cakap..."naik".pergh cool giler bapak aku


aku tak cakap banyak terus naik moto dan pulang ke rumah atuk aku.terbatal ekspidisi lari rumah aku.seingat aku,tak sampai 4km pon aku melarikan diri.patutlah cepat jek ayah aku jumpa aku.tak suspen langsung.waktu kecik dulu ingat dah jauh sangat dah.

sampai-sampai jek,arwah opah aku menenangkan aku yang kepondanan menangis.atas moto tadi kena marah lah

lepas itu arwah opah aku memasakkan aku nugget lalu disuapkannya pula aku.sweet.memang sweet sangat.terasa sangat kasih sayang arwah opah aku ketika itu

miss her so much

cintai dan hargailah insan yang juga mencintai dan menghargai anda.Create the memories and happiness.selagi ada izin Yang Maha Pengasih dan Penyanyang





Al-Fatihah

2 comments:

nurna said...

alolo adik jgn nanges ea
ni akak blikan mainan dragon ball
haha sumpah lawak sungguh la afi ni
tergelak2 smp guling2 wa bce part nak larikan diri tu :)

so sweet kan kenangan dulu2
xpe afi yg msih hidup ni jgn lupa
sedekahkan Al-Fatihah kat arwah ea

Affi Ibharim said...

hahaha
alolololo baiknyerr hati akak nih
nak main kawin2 la ngan akak nih!
janji taw nanti belikan


yuo.definitely wa.thx yahh ;)