"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"{An-Nisa' : 32}
Umumnya semua kita punya sifat ini...cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya...Ada yang tidak mempedulikannya..Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya..
Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya...Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui..
Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaannya..Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa..
Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimik(rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya..Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya..Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta.
Bersangka baiklah dengan Allah...

No comments:
Post a Comment