salah satu rutin yang aku terpaksa tanggung semasa cuti sem aku adalah menjemput adik aku pulang dari sekolah.DOPE kan?
ada sinonim dan antonimnye yang perlu aku handle
tak suka
1)melihat kekawan adik aku yang curi-curi pandang aku lepas itu akan ketawa sesama mereka.ada juga aku dengar mereka kata"abang udin ni pemalu sangat laaa".aku tak suka distalker budak sekolah.
dammm
2)adik aku yang amat "patuh "pada kata sifat masa dan janji.janji jemput di kantin sekolah pada pukul 1 tengahari.kekadang entah pukul berapa baru nampak dia muncul dengan sengihnya.kekadang dia dah balik dulu dengan kawan-kawannya.aku yang terpinga-pinga menunggu.
dammm
suka
Semestinya lah melihat wajah budak-budak sekolah rendah.suci.hanya tahu bermain.tidak diganggu dengan "konspirasi segitiga dan bermata satu".
aku suka budak-budak.dulu di Kolej aku hanya dapat bermain dengan budak-budak di pasar malam.muaz selalu menjadi geng aku.
aku takut nak bermain dengan budak-budak taman aku.kekecik lagi dah main DSLR.
bila aku fikir-fikir balik.macam mana fenomena jika aku dah ade anak sendiri nanti?
bila aku fikir-fikir balik,siapa namanya?berapa boboy dan gegurl?
bila aku fikir-fikir balik,macam mana aku nak mencorakkan boboy dan gegurl aku nanti?
bila aku fikir-fikir balik,boboy aku nak ke jadi imam pelapis Perak dan gegurl aku
memakai jilbab
bila aku fikir-fikir balik,sanggup ke aku nak biarkan boboy dan gegurl aku hidup di dunia
yang dah tak ada kemanusiaan.cemburu?bunuh je
bila aku fikir-fikir balik,calon bini pun aku tak ada so aku terus tak ade idea dan
berhenti menaip. HAHA
1 comment:
cam da agak lame gak x jejak kaki kat sek rendah.ape rupa la ek.
bdk2 memang suci lagi murni.
Post a Comment