aku bersyukur
setiap kali aku sesat
setiap kali aku malu.bodoh sombong bertanyakan arah
kononya aku betul.aku sahaja yang betul,
yang Menciptakan aku tetap akan membawa aku pulang.tetap
setiap pilihan ada perhitungannya.berani buat berani tanggung
Encik Amir menyedarkan aku melalui tayangan slot Spidermannya bahawa
"Hidup ini ada Pilihan"
dan aku ulang lagi."Setiap Pilihan Ada Perhitungannya"
kau pilih untuk binasa,kau pilih bahagia,kau pilih untuk mencintai,kau pilih untuk menyakiti,kau memilih untuk tak menghargai..
semua ada perhitungannya.ada ujian,ada cabaran yang perlu kita hadapi.
tetapi,setiap pilihan itu tidak semestinya menjanjikan apa-apa keuntungan pun pada kita
akibat diatas pilihan kita itu,terserah kepadaNya
aku pun pernah membuat pilihan yang salah dan aku sedang menanggung akibatnya.aku tak nak guna perkataan balasan,Allah tidak kejam.aku,ya.
manusia jarang memikirkan akibat.
"ahhh tibai je lah"
"suka hati aku.kacau kau?"
"kubur lain-lain"
"terpaksa nihhhhhhhhhhhh"
"jangan nak menyebok"
perikemanusiaan.kenapa buatkanya kedengaran murah?
pusat atau sentral daripada makrifat Allah itu ialah di dalam diri-HAMKA
No comments:
Post a Comment