PERHATIAN!*ceh.awal-awal lagi aku dah minta perhatian.menagih betul aku ini
post kali ini mungkin agak panjang.tapi tak rugi untuk dibaca.especially kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tutorial terbaik menjadi REBEL(memberontak)
aku cuba make it short and sweet ok?
ada suatu malam.ayah aku meminta tolong aku mengemas barang-barang di pejabat beliau kerana dia diarahkan PPD (Pegawai Pendidikan Daerah) untuk pindah ke sekolah baru(dirahsiakan)
dah nasib aku,anak lelaki tunggal.memang kena la
sedang asyik mengemas diiringi stereo perak fm,tetiba mendapat satu panggilan dari brotherhood aku,
danny:din,aku nak datang umah kamu ni,amik memory card camera mak aku yang kau tak reti nak pulang tu.
aku:alamak danny,aku terlupa la.aku kat pejabat ayah aku sekarang.
danny:mak aku nak pakai malam ni juga la.urgent!
aku:erkk denny,aku cuba ok danny.
aku dah mula kelam kabut.aku ni kalau dah kelam kabut muka akan merah dan emosi tak best.memang tak dope.
aku:ayah,udin nak minta izin balik umah kejap.kawan datang nak amik memory card dia,penting ayah,urgent.
ayah:ahh.jangan mengada.nak naik apa?
aku:emm,pinjam moto pak guard?
ayah:dah malam sangat nih.gelap.dah la hujan.lori banyak.jangan memandai*nada jalaluluddin hassan
terhimpit dengan rasa bersalah.hendak memilih antara 2 pilihan.KAWAN ATAU AYAH KANDUNG?
tetiba aku teringat salah satu ayat dalam drama cina tv2 pukul 6 petang itu
"seorang lelaki kenalah bertanggungjawab dengan kesalahan dia sendiri"
perghh.time 2 tetiba aku rasa tersangat dope.aku memilih untuk menghadapi situasi dan berhenti menjadi bitch.
senyap-senyap,aku minta izin kat pak guard untuk pinjam motosikal dia.dia izinkan.
pak guard:kalau ayah tanya ko pergi mana,pakcik nak cakap apa?
aku:pakcik cakap tak tahu saja ye?*sempat pulak aku ajak pakcik menipu.
aku press trotle dengan penuh keyakinan.syuuuuuuh aku merempit ke rumah yang lebih kurang 10 Km jaraknya
hujan,embun,angin,tayar lori,kilang getah,kedai bundle longgok seringgit.ahh.aku tak kisah.
sampai,kasi memory card kepada denny dan tanpa relax aku memecut kembali ke sekolah ayah aku.
hanya dalam kepala aku waktu itu
"HABISLAH AKU"
setibanya aku di sekolah,CANTIK.ayah aku menyambut ketibaan ak dengan jelingannya
aku parking baik punya moto pak guard sambil menyelitkan rm3 di mejanya.duit minyak moto.duit kopi pun lepas
cuak.sangat cuak
"HABISLAH AKU"
"BERANI BETUL AKU LAWAN CAKAP AYAH"
"MAINTAIN METAL.METAL"
..........
........
....
...
tetapi,Kuasa Allah.Ayah aku tak kata apa pun.marah pun tak.macam apa-apa pun tak terjadi.
what?aku telah melanggar arahan anda Encik Ibharim.kenapa anda sangat cool sahaja?
aku sangat pelik.keajaiban.
lalu aku menyambung aktivis mengemas pejabat beliau dengan lebih pantas dan efficient.ambik hati ayah kandung.
in short(dah panjang berjela baru kau nak in short afi?chait)
dalam hidup ini kekadang kita TERPAKSA membuat keputusan yang mungkin pada gambaran awalnya akan membawa kesan nagetif dalam hidup kita.Tetapi,itu lebih baik daripada bersikap mementing diri dan tidak menjadi LELAKI.
Sekian.
1 comment:
nice entry.. berani hadapi cabaran untuk memjadi sorang lelaki...
Post a Comment