24.2.11

Akak polis yang cun macam Inspektor Haliza




Pagi-pagi lagi aku sudah ke Balai Polis Kuala Kangsar.Membayar saman untuk kakak aku yang perasan dirinya Michael Schumacher di Lubuh Raya Plus Utara Selatan.

Ramai orang.Terpaksa beratur panjang.Semua terhegeh-hegeh (termasuk aku) hendak membayar saman di saat akhir sebelum hujung bulan.Takut nama akan di blacklist.

Ada 2 kaunter.Satu untuk Semakan dan juga Pembayaran.

Menarik,apabila ada seorang brader membuat semakan terkejut bahawa samannya 7 tahun lepas juga masih ada dan perlu dijelaskan.Dia pun sudah tak ingat betulkah dia disaman 7 tahun lepas.Yang pasti dia kagum akan kecekapan Sistem Polis dalam mengurusi bab saman.Agaknya walaupun dah 10000 tahun lepas kita disaman,rekod itu tetap ada.

Lebih tertarik apabila serta-merta brader itu berposing dengan kertas saman nya dan berkata

"Kalau amik gambar masuk facebook ini mesti berjuta yang komen.Aku telah menjadi rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab."

aku hanya mampu sengih.Aku percaya tekanan bila melibatkan duit mampu membuat manusia menjadi apa saja. ;B



Akhirnya,sampai giliran aku.Saman yang sepatutnya dikenakan adalah RM 300 tapi kata kakak aku selepas kompaun hanyalah perlu dibayar RM 150.


"Adik,saman ini hanya boleh dikompaun 30% sahaja.Adik kena bayar Rm 200."

"Tapi Kakak Saya cakap bayar RM150?dalam dompet saya pun just ada lebih RM 20 saja."


"Tak Apalah.Esok pagi datang lagi ye?Jangan lupa bawak duit secukupnya."















dalam hati "Ye akak,rutin hidup saya memang pepagi datang Balai Polis,beratur panjang-panjang untuk melihat karenah rakyat majmuk"

2 comments:

Cik Lie said...

INI TIDAK ADILLLLLLLLLL !!!!
Mentang2 bayar awal + 1 je saman, dpt diskaun sikit je~~ hampagas btol inspektor halizaaaaaaaa

NA. said...

hahaha ! ending yg menggelikan hati