Memandangkan mood aku amat baik kerana band pujaan kalbu,Architects nak keluar video baru,aku nak kongsi satu benda tentang life aku dengan kalian :B
Kalian tentukan lah sendiri "Genre" Post ini.Sebab aku pun tak dapat clarify sendiri.
Panjang sikitlah.But valuable
Back to 2006,1 week of BRILLIANT DISASTER happened while waiting the SPM result.
One day,in the morning,i "accidentally" accident.Kena langgar lari.Terbaring cun juga aku di atas jalan raya itu.Orang berkerumun tapi haram nak tolong bangunkan aku.Maskulin punya pasal,aku control pedihnya.Aku bangun,angkat motor dan blah.Malas jadi kes Polis sebab aku tahu aku juga yang rugi di hujung cerita.
Petang itu merupakan first kelas "INTENSIVE ENGLISH LANGUAGE PREPARATORY COUSE"dimana aku mengenali Ainun Nur dan rakan (geng kuat meniru dalam kelas)buat pertama kali.Sakit,tapi aku tetap bersemangat nak hadir.*aku tak percaya aku ini kental orangnya dulu.
Aku pergi dan balik dari tuisyen pun menaiki Bus. Mak tak kasi naik motosikal Suria Baja Hitam aku yang 56% KO itu*Sounds Independent tak :B
Keesokkan hari,aku bangun lepas mendengar "Siren" kuat dari Mak aku.Mana taknya,ada orang telepon kata jumpa lesen Motosikal aku dan some cards of mine di Bukit Gantang.
Meloncat aku mencari dompet.
"Shit.Dompet aku tercicir dalam bus lah ni"
Aku dan brotherhood Sayong Lembah merempit bersama pergi berjumpa orang berkenaan.Tak banyak barang yang ada.Dompet dan IC pun tak jumpa.Duit apatah lagi.
Atas nasihat arwah atuk aku,Beliau menyuruh aku membuat laporan polis atas kehilangan IC.
3 Hari selepas itu.Dalam pukul 3 pagi.Aku masih belum tidur memikirkan Dunia.Aku perasan ada 2 atau 3 orang di belakang rumah.Umpama cuba mengepung.Aku mengintai
Rupanya Polis datang terjah rumah aku.Hendak membawa aku ke Balai Polis kerana disyaki aku terlibat dengan kes SAMUN melibatkan seorang warga tua di Taiping kerana IC aku dijumpai di tempat kejadian.
I WAS LIKE STAR TRUCK.AKU DI "TITLE" sebagai VILLAIN .
Mereka cuba menahan dan membawa aku menaiki Van mereka.*Aku tahu kalau aku naik,lembik lah aku.
Tapi Alhamdulillah,nama pun hero,aku terselamat untuk malam itu sebab aku teringat aku ada "ALIBI" (Bukti) yang aku bukan penyamun.
Aku tayang surat laporan polis.
Aku sudah membuat laporan polis terhadap kehilangan IC sebelum kejadian Samun itu terjadi.
*Aku amat menghargai akan nasihat Arwah yang menyelamatkan aku. Terima kasih atuk
Jadi terbukti aku tak bersalah.
Aku cuma perlu memberikan laporan sebagai langkah membersih nama dan procedure.
and Im clean.Now
Aku kembali menjalani kehidupan sebagai seorang lepasan SPM seperti biasa.Membuat kawan.Mengenal Fasa life Remaja.
ha.Bila teringat balik,aku hanya gelak sendiri.Dalam satu minggu,memacam drama boleh jadi.
Aku menjadi mangsa kemalangan,kehilangan dompet.Di Cop penyamun.
Jaga IC dan barangan peribadi elok - elok.Orang sekarang ada pelbagai idea nak aniaya kita.Tak kisahlah siapa antara kita dan dia.
We cant expect so much from life.Be RADIKAL.
Trailer video Heartburn pun macam cun jek.Excited wehhh:B
No comments:
Post a Comment