
Selasa.Aku pergi Interview yang paling singkat pernah aku pergi.( tak silap aku dalam 5 minit sahaja sesi interviewnya).
Lagi lama masa yang digunakan untuk aku mendandan diri.
Terkejut.Aku terjumpa kembali Rosli,seorang kawan baik aku since,FOREVER.
Dah lama tak jumpa sebab biasalah,KERNA SIBUK HAL DUNIA.
Kami masing - masing interview untuk jawatan yang sama.Kawan terpaksa menjadi lawan.Persaingan yang sihatlah kan.
Setelah selesai,Rosli me"roger" seorang lagi sahabat aku,ancoi untuk melepak bersama di gerai mee kari"undifiend"*sebab aku tak tahu sebab first time melepak di kedai ini.
Air di Order.Sebatang demi sebatang rokok di nyalakan.Diiringi pelbagai cerita bertukar ganti tentang life.Berkongsi.Ini cara lelaki melepas rindu.
Banyak cerita member yang aku tak tahu terjadi pada sahabat - sahabat di kampung Sayong,Sayong lembah,Kota lama Kanan,Kota lama Kiri,Senggang,Bukit Buaya dan lain- lain.
Ramai member dah bertunang.Sambung atau berhenti belajar.Ukhwah yang dah pecah.Ada juga member yang sudah ada anak luar nikah.
Sekejap kepala aku mengeleng.Sekejap aku menganguk.
Ancoi,member aku selalu ponteng kelas (di belah petang) kerana nak tengok cerita Bawang Putih dan Bawang Merah tiba.
Lagi banyak kami bercerita.Aku kagum dengan mereka kerana pelbagai jenis life mereka tempuhi untuk survive.Mereka bukanlah berlatar belakangkan dari keluarga yang "Senang".
Aku kadang kala berasa malu dengan diri aku sendiri.
Dikurniakan pelbagai nikmat tapi sombong untuk menghargai.Sombong,dosa pertama yang "ditakrifkan" apabila iblis sombong untuk tunduk kepada Manusia.
Aku berusaha untuk tidak sombong lagi.
Alhamdulillah.
Kalian pun dah mulakan langkah pertama untuk tidak sombong :)
No comments:
Post a Comment