22.4.11
Life.70%.Sleep.
Huh.Mengantok nya mata lepas makan burger Pakcik hisap rokok Surya ni.Mesti banyak betul ajinamoto di taruhnya.Nasib baik anak daranya lawa.Comel macam Selena Gomez .kalau tak,ranap stall dia.
Lawan.Lawan.Jangan tidur lagi.
Sebenarnya tak ada menda yang aku nak perjuangkan sangat sampai tak nak tidur tu.Cuma aku dah bosan.Purata Peratus hidup aku sekarang lebih memihak pada Tidur.Dah kalau camtu,celah mananya LIFE?
Tak banyak benda yang aku boleh buat.Adik beradik belajar over the district (Luar Daerah) .Kakak aku yang (biadap ^^) nak ke istambul meninggalkan aku surviving Kuala Kangsar.Member-member dah ke KL untuk Showdown 2011 dan bertekad berjaya atau tidak,diorang akan terus tinggal dan mencari rezeki di KL.Ada LIFE kata mereka di KL.
Sepanjang aku kembali ke rumah,tak ada sekali pun aku overnite.Kalau di zaman pembelajaran Diploma dulu,aku la King of Overnite dengan air botol sting kaler kuning di tangan sambil melihat pelbagai student life di sana.
Dulu aku ketagih keluar malam.Aku bersama Muaz akan meminjam Honda EX5 Iqbal dan pergi merayap ke KL dan selalunya ke downtown (Danau Kota).Malam lah baru kita nampak kehidupan sebenar manusia KL itu.Dengan Homeless peoples merempat tepi jalannya, aktivis pelacurannya, kemana peminta sedekah selepas penuh tabungnya dan memacam lagi.Kalau siang tak syok,nampak anak - anak Pavilion dengan DSLR di leher sahaja.Bukan kesempurnaan yang aku nak pandang.
Dunia ini kan cukup untuk kita semua,kenapa nak makan sorang?
Saya rindu awak,y :B
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment