28.5.11

Tak mandi pun aku boleh radikal.

Alhamdulillah.

Selepas melalui masa yang agak "perit" malam tadi, Hari ini Allah buatkan aku tersenyum lebar kembali :)


Yeahhh.Aku diterima kerja.Lagi.yeahhhh


Jadi Graphic Designer lagi di satu company printing baju.

Dengan Company lama aku terpaksa mem"blah"kan diri.Aku dengan Bos berkecelaruan prinsip.

Dia pentingkan keuntungan,Aku utamakan Kesaksamaan.


Tak sia-sia aku menurut perintah adik aku pergi belikan bihun tomyam.Bila dalam perjalanan balik,aku ternampak notis "Jawatan Kosong.Pereka Graphic diperlukan."


To be honest,aku tak mandi lagi sebenarnya waktu itu.Tapi kerana tak nak melepaskan peluang,aku secara radikal terus masuk ke dalam company itu dan bertanyakan jawatan kosong itu.


Selepas mengisi borang,dan menjawab beberapa soalan di dalam sesi temu ramah,Alhamdulillah aku dapat jawatan itu.



Ini bermakna,walaupun aku tak mandi,aku boleh menjadi awesome dimana dan bila-bila masa sahaja.


Tak sia-sia aku ni radikal :)

2 comments:

dochi said...

oh ade takbur dan riak di situ .
lalala~~

oh btw , congrats ;)

Affi Ibharim said...

ala sekali sekala jek.kasi can la sikit.hehehe :P