15.9.11

Paradox.

Member Gonjeng aku ,Nabil Yahya pernah berkata di FB

"We can observe a lot of things just by watching"

Itu yang aku terapkan dalam mind set.Dan statement itu ternyata benar teraplikasi
di sepanjang aku jalani minggu orientasi ""Kemasukkan pelajar baru Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI) ambilan September 2011.

Oh ya.Aku masuk UPSI untuk degree aku (Sarjana Muda Reka Bentuk Pengiklanan).Tapi ramai salah sangka aku menjadi Cikgu.
Kursus yang aku amik adalah Open Market.kalau kalian tetap nak panggil aku Cikgu afi pun no-hal.
Aku suka.


Aku dah tetapkan mindset aku sebelum masuk UPSI supaya terus menjadi diri aku; seorang
yang pendiam,bersikap pasif,senyap dan cool.*Bajet.

Tapi dalam nak jadi "Loneliness" tu pun,aku dah (terpaksa) menjadi pengarah untuk KOLEJ Harun Aminurrashid (Kumpulan A) yang mendapat tempat ke-4 untuk malam kebudayaan minggu suai-kenal UPSI ambilan Semptember.*dapat la hamper mini yang memerlukan 2 orang untuk mengangkatnya.eh,actualy aku pun tak sure tempat keberapa.

Dan aku TERpaksa menjadi ketua Olahraga untuk kursus aku.Damm.

Dalam minggu orientasi,aku observe banyak ilmu dengan melihat telatah dan pe-el bebudak baru yang nak kenal dunia.

1)Perbincangan tak nak buat,nombor telephone awek-awek nak pulak dapat.
2)Di ajak menyuarakan idea,lawak kurang cerdik di keluarkan.
3)Jaguh kampung.
4)Di minta beri kerjasama dan pertolongan,tak nak.Ganjaran? MAHU.
5)Hanya diri sendiri yang betul.

Sebab itulah aku suka menyendiri.Aku tak nak "deal" dengan orang-orang seperti ini.

Kadang-kadang,Aku kesian dengan Sahabat-sahabat yang aku baru kenal di sini.Mereka tetap nak bersama aku walaupun diorangtahu aku bukanlah seorang yang meng-enjoykan,riang,gila-gila.Mereka terpaksa menjadi pasif macam aku.


Mungkin ini sumpahan kepada mereka yang ber-bajet cool.

1 comment:

NA. said...

afi tetap kool no matter what :)