
Tak faham aku.
Sekarang memang sudah menjadi trend ke menghina-hina kekurangan orang di FB?
Ruangan Wallpost dan Comment membenarkan Kau menjadi Tuhan?menge-cop apa saja kau suka di Dahi mangsa-mangsa?
Tak kah kau fikirkan sensativiti? Atau hati kau dah mati?
Aku cukup jelik.
Mengapa insan-insan "lebih nikmat" ini tak sedar yang apa mereka ada hanyalah pinjaman sementara? Tahta Kesempurnaan yang kau pakai sekarang bukanlah hak milik mutlak.
Hormati Perasaan Manusia.
Bergurau?Lebih baik duduk surau baca al-maksurat.
Aku pun melalui fasa "mendap" ini sekarang.Aku ingatkan,kedewasaan umur orang - orang ini akan selari dengan kematangan akal.Tapi sayang,Trafik akal mereka dah "sesak" dengan kata - kata kritikan(Comment). *taksub sangat dengan Fb.
Tapi sekurang-kurangnya,apa yang aku lalui sekarang membuatkan aku turut tersentuh dengan mereka - mereka yang jauh lebih "kurang nikmat" daripada aku.Memahami apa mereka rasa meningkatkan daya syukur dan terus mahu hidup.
Aku dah terlalu banyak bersusah payah untuk kehidupan ini.Aku tak akan give up macam tu je lepas ditindas kata-kata -ve "insan-insan bajet sempurna ni".
Solutionnye,aku remove je la kau dari friends FB.Dan Automatically-nya,Hidup aku :)
Sebab tu aku lebih suka bergerak solo.Aku dah bosan nak deal dengan "insan-insan" ini.
1 comment:
haaa!
Post a Comment