10.11.11

Manda - Pembunuh sebenar Nancy Spungen.

Ini Manda.Dia seorang aktivist Punk Lembut.HAH Manda.ko jangan kecoh aku "curik" Gambo ko.Tak Punk la camni.Sid Vicious pun buat relaks je aku save as pic dia kat Google.

Ini senandung yang dia cipta sempena hari kelahiran aku pada 10.11.2011 yang lalu.

Sempena hari jadi afi ni, gua bikin pantun.


tajuk : Pantun Afie Pemalu


Berenang ke laut mencari duyung

tersenyum sinis otak betepu

Kuat melalut jauh terhuyung

tersenyum manis tersipu-sipu


Sawah ditebas padi dituai

untuk dimakan hari kenduri

kasih dikebas terlayang cuai

tak lalu makan hati sendiri


menebang jati dibuat almari

almari menyimpan seribu memori

tak lalu makan hati sendiri

mata terbuntang mula mencari


sekali pandang seperti pisang

dua kali pandang juga pisang

kegemaran afie adalah pisang

segala emosi dikatakan pisang


Rancak berborak ketika makan

selesai makan mulut mengidam

mula ke belakang melepas gian

namun afie masih senyum diam


Ok afie. Selamat hari jadi =)

*entah ye tak ye pantun ni. kejap2 boria.


Aku sangat sukakan senandung dia ini.Ada ciri ke -anarchy-an yang sangat lembut dan empuk.Walaupun baru first time jumpa bersama geng-geng "30 seconds to mamak" aku, dia boleh menilai aku dengan sesedap hati dia.Heee.

Maaf lah manda,daya pengamatan aku sangat kurang untuk pertemuan yang hanya mengambil peluang sekali,


tapi one thing for sure yang aku judge ko waktu jumpa dulu;



"Minah ni mandi ke tak"



Ko memang sahabat yang cool.Thumbs up minah.

1 comment:

Anonymous said...

"Minah ni mandi ke tak"

untuk pengetahuan kau. mmg aku mandi alakadar je masa tu. pakai eyeliner sikit kaver2. HAHA thanks afie =)

aku buat pantun tu mmg on the spot. aku bangun pagi(tak mandi as always) terus on FB namapak birthday kau. aku ingat nak lukis sumthing. pakai paint. tapi aku tak dapat bayangkan kau dalam visual. banyak sangat bnda yang aku nak lukis.

and if my senandung really make sense to you, thank you thank you so much. semga kita berjumpa lagi =)

-Amanda Spungen