9.7.12

Kesalahan aku tercipta untuk kamu.


Manusia secara semulajadinya memang lebih suka mengadu pada perkataan "Kalau-lah" berbanding "Sekurang-kurangnya".

Bukan?

Aku bukan hendak cerita buruk orang lain malah bercerita tentang diri aku sendiri.

Semakin hari ,hidup aku rasa makin complicated.makin banyak benda nak fikir,makin banyak perlu diuruskan,makin banyak perlu korban,makin banyak perlu tutup.

Salah aku ke sebab tak reti nak handle life-story sendiri?

Aku tak kuat. Mungkin itu permasalahan ultimate-nya.

Aku menjangkakan kalau-lah dekat pada Tuhan,aku lebih berparas rupa,berharta, tidak perlu melalui kesakitan sedalam ini,pergi bersantai dimana saja dengan Si dia tanpa banyak tapi,memenuhi kehendak tanpa berkira, Santai bersama kawan setiap masa, tidak mudah terasa hati dan sebagainya.Mampu melawan ketagihanku.Orang lain tidak memandang rendah atau perli.Memenuhi segala impian kedua ibu bapa dan membahagiakan keluarga .Aku berharap menjadi kearah SEMPURNA.

Tapi aku lupa.SEKURANG-KURANGNYA AKU MASIH HIDUP.

Aku juga manusia biasa yang tak tahu tamat ku bila.Tapi selagi ada MASA, aku akan terus cuba menjadi yang aku hajati.


Aku terbaca status fb rakan aku yang agak dope.


Orang yang sempurna tidak
tidak merokok
tidak minum
tidak menangis
tidak gagal

Dan

TIDAK WUJUD







Aku akan cuba lagi.Sekurang-kurangnya kearah lebih baik.







No comments: