16.11.12

Mahu tapi nanti dulu.


Berumur 23 dan masih tidak mempunyai lesen kereta.

BELIEVE.

Agak tertunduk malu bila tengok sudah ramai mahir membawa kereta.Tak kurang juga yang memiliki.
Tak tahu mengapa,setiap kali nak masuk kelas memandu,ada sahaja halangan.Penentang utama yang cukup setia adalah sifat pemalas.

Masih tak reti bawak kereta? Sangat tak macho.

Bukan tak mahu.Ingin juga membawa diri jauh menjelajah tempat baru.Berasa diri maskulin pabila pandai driving.Boleh eksyen.Tapi apakan daya bila masih bergelar "Pelajar".Duit pun Ayah Mak tercinta bagi.Nak berseronok sangat dengan duit mereka mana kena gaya.

Sekarang kalau mood "ronda" aku sampai,aku akan pinjam motosikal member dan meronda menengok life.Walaupun tak banyak yang terhidang di Tanjung Malim,masih berkadar cukup.

Suatu hari nanti.

No comments: