
Jumaat.
Hari ini sebelum merempit berduet dengan ayah ke masjid untuk menunaikan solat jumaat,aku menonton rancangan al - hidayah berduet pula dengan Mak.Aku kusyuk menonton satu slot.Aku tak sure tajuknya tapi secara rumusnya ia mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang tiada sebelah kakinya survive dalam kehidupan ini.Masih muda lingkungan belasan.Juga mempunyai masalah keluarga.
Secara lebih-kurang,Dia berkata,antara perkara yang membuatkan semangat dia terus utuh adalah kerana kesedaran diri masih terdapat lebih ramai yang miliki kurang nikmat daripada dia.Itu melatih hati Dia untuk terus bersyukur dan meneruskan hidup.
Aku paham kenapa manusia kini terlalu berusaha menjadi Model.Memasing terhimpit dengan keadaan sekeliling yang terlalu mementingkan kesempurnaan.Nampak ada harta.Nampak cantik.Nampak Swag*Bergaya .
Tapi aku harap jangan sampai menyeksa diri ya?
Kekadang aku rasa nak jadi budak punk.berbudaya memberontak.Menentang Provokasi pandang cantik.Tapi sah-sah mak aku marah tak nak bancuh milo panas untuk aku lagi.
No comments:
Post a Comment