Setakat ini,apa musuh terhebat yang pernah kalian lawan?
Musuh dalam agama kita bawak ke tepi dulu ok.Itu sudah perkara pasti.
Pengkianat, Penipu, Mulut tempayan, Putar Belit , Pem"bajet". Juga perkara pasti.Mereka sudah tercipta sebagai penghibur hati Syaitan.
Bagi aku,musuh yang cukup memberi tentangan hebat dalam hidup aku adalah DIRI AKU sendiri.
Kurang kepercayaan diri,malas,suka bertangguh,terlalu membuat pilihan,takut membuat salah.
Memang ini cara hidup yang normal.Tetapi pengayaan diri yang sangat salah.Hanya merosak diri sendiri.
Aku percaya dalam diri aku ada BERLIAN yang nilainya mampu Tauke kedai Emas ketar lutut dan buatkan Mami jarum tak duduk diam tetapi sifat-sifat ini menghalang aku mengilapnya.
Oleh kerna itu,Aku mengambil beberapa langkah radikal sebagai asas untuk mengatasi permasalahan ini.Kerna itulah seorang HERO akan lakukan.Sejauh mana kita mampu terus terima dan terima permasalahan hidup,atasi nya dan teruskan
hidup.
1) Aku mula berjimat.Hanya makan nasi bujang dan Mee Sedap sebagai makanan harian.Sebenarnya aku bukanlah di taraf
sengkek.Mak Ayah aku cukup berhati mulia terus memberi wang tanpa aku meminta.Aku cuma ingin belajar hidupsusah.Tak rasa sudah camna nak hargai senang.
2) Pergi ke Kelas atau jumpa Lecturer dengan menaiki bus sedangkan mampu meminjam motosikal member bilik.Ada
kepuasannya yang tersendiri.Kesusahan itu berbaloi lebih-lebih kalau dapat pujian para lecturer dengan hasil kerja aku.Mampu buatkan aku tersenyum sendiri dalam bilik air.
3) Basuh baju guna tangan.Sedangakan aku hanya boleh laburkan rm 2.oo untuk khidmat mesin basuh.Tapi aku tetap tak nak terlalu bergantung pada mesin.Mesin sangat jahat.Kerana mesin la banyak pekerja lrt putra di pecat kerana sistem mesin token di perkenalkan.Penjaga kaunter tak di perlukan.
Senang cerita,aku tak nak terlalu manjakan diri aku.Aku rasa itu langkah yang terbaik sebagai permulaan.
Aku sudah menjadi lelaki yang lebih kuat.
No comments:
Post a Comment