16.11.12

Mahu tapi nanti dulu.


Berumur 23 dan masih tidak mempunyai lesen kereta.

BELIEVE.

Agak tertunduk malu bila tengok sudah ramai mahir membawa kereta.Tak kurang juga yang memiliki.
Tak tahu mengapa,setiap kali nak masuk kelas memandu,ada sahaja halangan.Penentang utama yang cukup setia adalah sifat pemalas.

Masih tak reti bawak kereta? Sangat tak macho.

Bukan tak mahu.Ingin juga membawa diri jauh menjelajah tempat baru.Berasa diri maskulin pabila pandai driving.Boleh eksyen.Tapi apakan daya bila masih bergelar "Pelajar".Duit pun Ayah Mak tercinta bagi.Nak berseronok sangat dengan duit mereka mana kena gaya.

Sekarang kalau mood "ronda" aku sampai,aku akan pinjam motosikal member dan meronda menengok life.Walaupun tak banyak yang terhidang di Tanjung Malim,masih berkadar cukup.

Suatu hari nanti.

Kekok.


Masalah.
Walaupun tiap-tiap hari ketemu,masih berasa kekok.
Tetap berasa janggal nak mesra.


Orang kata sifat manusia sebenar adalah bila apabila "ditekan"
Macam buah oren,bila diperah,jus yang keluar itulah hasilnya dari dalaman.


Kalau tak suka apa yang ada di dalam diri,ubah-lah.

Percaya dan cuba lagi.





MA.

4.11.12

WASTEDWASTEDBAZIR

Aku rasa aku telah sangat cemerlang membazirkan hidup aku dengan tidak melakukan apa-apa yang langsung meng"enhance"kan atau memberi vibe.Kedengaran macam hidup sangat santai,tak ada assigment yang perlu di selesaikan,tiada Program yang perlu perancanaan kursus.Tiada Penambah baikan diri yang perlu tindakan susulan,

Ada.Banyak benda yang aku tak buat lagi.Tapi menangguh dan bosan memang suka menjadi pengapit aku.


Aku rasa macam perlu kan sesorang untuk melempang pipi aku dan mengatakan "Bangun! ko dah banyak buang masa!" Kalau lempang sendiri kurang effect.

Takpelah.Santai jek la.Haha






4.9.12

Ilmu dimana-mana PART1.


Pada malam 10 Ramadhan Terakhir, Aku berniaga Jagung bakar dengan homeboy aku Kajit di area Gerbang Malam@Uptown Kuala Kangsar.

Sambil mereka bershoping raya,mereka nikmati.Alhamdulillah

Satu hari,datangnya ke kedai kami seorang Guru di Sekolah lama kami dahulu.Kami panggil beliau Sir Wan.

Masih bertenaga.Tampak Garang dengan misainya.Memang famous dengan tegasnya dulu.

Sambil menikmati jagung kami,aku berdialog dengan dia.



Aku : Sir Wan, ape rahsia Sir nampak bertenaga,nampak muda je?

(Lantas Sir Wan mendekati aku.Telunjuknya singgah ke kepala aku)

Sir Wan : Ko jangan simpan apa-apa dekat sini dan juga sini (Telunjuknya singgah ke dada aku pulak) Ko lepas je semua.Ko nak marah ke,ape ke,lepas je.Jangan pendam.


Aku mengangguk tanda paham dan setuju.




Dengan jual jagung sahaja dah dapat ilmu yang hebat sebergitu.Alhamdulillah






Sekarang aku dah paham kenapa aku selalu sakit.

30.7.12

Baja Orgedik


Di dalam bulan puasa ini, aku cuba untuk mencari ilmu yang tidaklah tercatit pada mana-mana buku.

Sumbernya dari pengalaman,bibit-bibit kesilapan,pertukaran idea dan juga konfrantasi permasalahan.

Supaya menjadi baja untuk aku lebih membuahkan kualiti.


:)

Akan aku update lebih di kemudian hari.